Monday 18 February 2013

Kata-kata itu satu doa.

Lulu Belle
Bismillahhirahmanirrahim.
Dibo May



Okayy, nak dijadikan cerita ini dah kali kedua mulut ni masin sangat. First time bila saya cakap macam ni, " bilalah Lulu atau Dibo nak menghilangkan diri" -> then, esoknya satu hari dua ekor kucing tu menghilang. See? Hanya kata-kata, bukan dilafazkan dalam bentuk doa pun. Kali kedua pulak, baru berlaku tadi. Right before ayah nak ke surau, I said the same thing again. Mungkin sesiape yang baca post ni macam "apasal nak suruh dorang hilang?". Okay, kena faham , Lulu & Dibo tuu kucing betina so dorang akan beranak, it's enoughlahh dengan Mayo & Bella yang dah beranak pinak banyak kali. Ayah dalam perjalanan nak pergi surau, suddenly bunyi macam ada benda kena langgar and that thing was my cat, Dibo. Alhamdulillah, nasib baik dia tak cedera ( kebalkan?). Itulah alkisah yang nak dikisahkan, mungkin simple tapi bagi pengajaran bagi empunya diri.


Lemah lembut dalam berbicara

Dalam kita hidup bermasyarakat, banyak perkara yang perlu kita titip beratkan antaranya faktor komunikasi. Sekiranya kita lihat disekeliling kita, pelbagai gaya komunikasi digunakan oleh masyarakat kita. Ada yang bahasa & tutur katanya sopan sahaja, ada juga yang kasar, ada yang berbaur angkuh atau sombong. Macam-macam. Akan tetapi, perlu kita ingat bahawa kita perlu berhati-hati dalam tutur kata kerana kata-kata itu doa. Sejak dari bangku sekolah ibu bapa & guru-guru mendidik kita supaya berperibadi mulia bahkan guru yang paling agung, baginda S.A.W. juga mengajar kita supaya lembut dalam berbicara. Berfikir sebelum berbicara. Berbicara dengan sopan. Berbicara perkara yang penting sahaja. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:



 "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.

(Riwayat Bukhari dan Muslim). 


"Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Doa Senjata Mukmin


Hah, bila bercakap bukan main banyak! Kenapa bila berdoa pun tak nak banyak-banyak? Jangan malulah awak, kita ini manusia biasa. Hamba. Perlukan bantuan daripada penciptanya. Kalau Nabi Muhammad S.A.W. yang bersifat maksum yang memang dijanjikan masuk syurga pun sentiasa berdoa kepada Allah siang & malam kenapa tidak kita yang tak tentu lagi masuk syurga. Janganlah kita berdoa bila ada keperluan sahaja seperti nak berjaya dalam peperiksaan besar atau bila susah sahaja. Bila senang, lupa nak berdoa. Ingat, doa senjata mukmin. Jadi, jom kita doa hari-hari. Buat apa-apa, doa dulu walaupun sekadar dengan bismillah dengan harapan apa yang kita lakukan mendapat redanya.


"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
 (40:60)

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas."
(7:55)



1 comment: