Sunday 26 May 2013

Hakikat Hidup, Cinta & Amal

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni saya nak coretkan serba sedikit tentang tazkirah yang saya dengar semasa Majlis Doa Selamat di rumah sahabat, Syahirah Zaki yang diadakan khusus buat ahli kelas 3BA. Tazkirah tersebut berkisar tentang hakikat hidup, cinta & amal yang disampaikan oleh ustaz KKQ kami, Ustaz Yusri Ariffin ( suami Ustazah Simi, hehe). 
Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati
& cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya
& buatlah apa sahaj yang engkau kehendki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.

Quote di atas merupakan nasihat Imam Ghazali, Imam Hujjatul Islam dalam kitabnya Ayyuhal Walad. Nasihat beliau adalah salah satu perkara yang pada saya, remaja perlu ikuti. Petikan kata-kata di atas sekiranya didalami mampu memberi kita petunjuk tentang matlamat hidup kita.